Monday, June 10, 2013
3. Cover up ???
"adalah muktamad" final and yet EC or SPR amended the results.... what is the hidden agenda EC knows - rigging --Joshua
SPR: Keputusan PRU13 dijangka diwarta bulan ini
11 Mei 2013
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
PUTRAJAYA - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka
diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai
tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini
urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang
Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222
kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan
Negeri (Dun) yang dipertandingkan di seluruh negara.
"Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan
kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah
diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada
malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas
hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah,"
katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari
Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut
dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan
keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab
yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat
terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan
SPR katanya akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta
pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil
terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR.
"Apabila waktu untuk memfailkan petisyen pilihan raya, kumpulkan semua
bukti, bariskan segala peguam terbaik, berhujahlah di mahkamah untuk
membantah atau mempertikai keputusan pilihan raya, bukannya menghasut
rakyat terutama generasi muda ke jalan raya dengan menceritakan pelbagai
perkara yang tak betul dan memfitnah badan yang mengurus pilihan raya.
"Betapa tidak bertanggungjawabnya mereka, apa akan jadi pada proses
demokrasi di negara kita kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini
rupa mengajar rakyat yang perlu dibimbing supaya mematuhi undangundang, supaya tidak menerima keputusan pilihan raya, keputusan yang
dibuat oleh lebih 85 peratus rakyat yang keluar mengundi," katanya.
Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya
yang juga Pengerusi Bersih S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan
Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak
terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan
"Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan
dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan
permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar
cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak
SPR: Keputusan PRU13 dijangka diwarta bulan ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment